dia tidak bersalah

terbisik kenapa mesti si bunga itu hilang madunya.
mana pergi garangnya? bengisnya?
tunduk bisu semua mati.
mengapa senyap dan membiarkan.
tepis saja.
kerana kau berhak mempertahankan itu.
paksa menjaga hati dengan kata semua atas desakan syaitan.
sedangkan itu kemahuan semata.
wallahualam.
sedih lihat sosok itu.
apa mahu jadi dengan masa depannya.
kehidupannya.
moga ada hikmah yang tertulis.
aku doa, dia kuat sabar dan tabah.
dari kawanmu dunia akhirat.