Kuat.

ada benda yang aku boleh kongsi. ada benda aku tak nak kongsi. bila aku cerita, bukan aku mahu dikasihankan. bila aku tak cerita, bukan maknanya aku tak jujur. paling susah nak memahamkan orang apa yang aku cuba lakukan ni. kadang-kadang mereka tak tahu kenapa aku perlu bersendiri.

cerita lama aku, biar aku simpan sorang. biar aku rasa sendiri. biar aku kenang sepi. jangan cuba jadi seseorang dalam cerita itu. padahal ianya tidak pernah melibatkan siapa engkau. tak penting untuk diukirkan pada cerita manis kita sekarang. biarkan saja. jangan berusaha untuk tahu.

aku sudah cukup tabah untuk semua ujian. aku cukup kenal apa itu redha. jangan cuba mengajar aku erti kejujuran. kerana aku sudah lali menilai jujurnya seseorang. sebelum ni, lagi hebat dugaan yang aku harus tempuh. lagi berat beban yang aku pernah pikul. lagi dalam sakit yang aku sudah rasa.

aku cuma ada aku pada saat itu. aku cuma ada aku untuk pikul semuanya. aku hanya ada aku untuk pujuk diri aku terus melangkah. aku hanya ada aku. sengaja aku pendam sendiri untuk aku lihat seberapa kuatkah aku. aku tak jujur mengukir senyuman, melempar gelak tawa itu depan semua. aku tahu. untuk apa aku tunjuk, kalau sekadar untuk mereka menilai kelemahan aku.

bila dikenangkan, ada kelucuan dikala itu. terkadang aku menangis, terkadang aku ketawa. terkadang aku menyesal, terkadang aku bangga. bangga kerana pernah merasa zaman kejatuhan. terima kasih cerita lama, kerana buat aku jadi manusia kuat.

tapi apa engkau sekarang, adalah apa yang sangat membahagiakan buat aku. itu kenyataan. jangan dipersoal.