12:19 am

sudah.
jangan kembali.
jangan cuba mencari tempat lagi.
noktah itu cukup lama untuk ditemui.
berhempas mati, hati mencari isi untuk berhenti.

jasad tidak mahu ditemui.
jiwa tidak mahu disentuh lagi.
yang dulu adalah memori hitam pahit.
sampai mati tak mahu dikenangi.
berhenti.
jangan datang lagi.

bodoh untuk senyum.
berkeras tidak mahu mengingati.
apa cuba dicari.
sekecil kuman segala apa sudah mati.
benci.

pahatkanlah dalam hati semua tinggal memori.
tak mungkin berpeluang lagi.
menjauhlah.
sebelum menjadi api.