jaanu

macam mana mahu dizahirkan nama itu. macam angin tenang, hadir memberi semula ruang kebebasan pergaulan. aku rindukan kawan serupa itu. yang tidak kekok ketika sama-sama gembira. yang tidak ada dinding kaku. tidak pernah ragu. aku ingat semula aku dahulu. hadir sebagai yang matang. yang tuntun aku arah kemanusiaan tanpa sia-sia. baki kehidupan yang dijalani harus jujur. dia ajar semula apa yang aku lupa dulu. aku duduk ukir senyum. cukuplah aku ada tika dia mula bicara dan sebaliknya dia. satu hari nanti mahu paut rapat dia, mahu dia tahu aku lihat aku dalam dia. kawan aku.