cikenpox

aktiviti hari-hari pesakit cikenpox.

  1. mandi.
  2. sapu ubat seluruh badan *ubat kapur
  3. sarapan! 
  4. kembali tidur sepanjang hari.
  5. bangun kejap, ayah kejut suruh makan. sebab lepastu nak makan ubat.
  6. cuci port cikenpox pastu tonyoh lagi ubat sebab masa first day ni rajin sikit nak renew ubat kapur.
  7. tidur dalam bilik gelap. *tidur mati
  8. bangun, mandi sebelum magrib.
  9. tonyoh ubat kapur *cotton bud mama larap
  10. dinner! (lauk orang sakit)
  11. nengok masterchef.
  12. tido sampai esok tengahari.

aktiviti berlarutan hingga hari keempat *tapi aku dah tak makan makanan orang sakit. senang cerita makan TAK pantang. mama masak siakap 3 rasa! lemak rebung + ikan masin! kerisi masak sambal! ayah beli tomyam campur! kerang goreng sambal! nasi goreng kampung! mee hailam! malam tadi ewan sumbat perut aku dengan ikan siakap 3 rasa + tomyam seafood! memang terbaik.

2 hari pertama cikenpox, berat aku turun. alhamdulilah.
bermula hari ke 3 hingga hari aku pulih, berat aku naik balik. mama cakap dah seminggu aku makan tidur. mana tak naik. tapi aku still ucap, alhamdulilah. ni dah balik jb, bersedia untuk dapat semula berat versi jb aku. 

disebabkan makan tak pantang, aktiviti tak sekat. walaupun dah total pulih, aku masih merana kegatalan seluruh badan. jumaat lepas konon-konon datang klinik mengadu kegatalan *padahal aku makan semua benda tapi dokter tak tahu. hihihi. dokter bagi injection, dan padan muka aku.

aku tak nak sukat kadar selera aku. aku berhak makan apa pun! tapi ini la akibat yang aku perlu tanggung. kegatalan. mamaaaaaa.