perlukah

perlukah aku terus berdiri, sedangkan hanya aku yang menikmati. perlukah aku kekal begini, padahal cuma aku yang mahu semuanya terjadi. rasa sangsi hadir silih berganti. aku diam dan terus biar ia jinak melabuhkan tirai kesengsaraan. bosan. kosong. aku perlu lari. namun kaki ini mahu disini. aku bahagia, aku tahu. aku sengsara, aku tahu. aku sangsi, aku tahu. aku mahu disini. disudut ini. tapi hati?