hantu

salam.

hantu? aku tak pernah nampak. tapi pernah ternampak. choii. satu malam, aku keluar sorang sorang bawa kereta. area pukul 11 malam buta baru terhegeh-hegeh keluar mencari ketenangan. masa tu aku cuma pusing pusing bandar sambil singgah 7eleven beli jajan. on the way balik, aku lalu jalan biasa menuju ke rumah. dengan tiba tiba aku terpandang satu objek hitam yang sangat tinggi yang sangat panjang kaki dia yang sangat menyeramkan melintas jalan. depan mata aku. jelas ok. ish, seram kalau ingat balik. tak nak detail lah.

aku pindah kampung masa aku akhir tingkatan 2. masa tu rumah aku half construction. kebetulan, jiran sebelah baru lepas beranak anak perempuan. kebetulan kampung aku memang kecoh pasal nampak pontianak. aku dengar tapi buat buat tak reti. kalau aku menghayati cerita orang kampung, confirm aku akan takut. dalam masa jiran aku habis pantang, dengan tiba tiba perkarangan rumah kami kaya dengan bau kemenyan. kuat gila ok bau nya. ingat lagi, arwah nenek aku siap datang tanya aku kot kot aku takut duduk rumah sorang sorang. so sweet of you my late mak. Al-Fatihah.

saat paling genting aku diganggu, masa aku on study malam jumaat sebelum nak spm. konon konon study sambil dengar radio. tiba tiba, tupppp. radio senyap. aku tak fikir apa. mungkin siaran lari sekejap. bila ditunggu, radio ni terus senyap takda suara. aku check, suis turn to off button. aku terus keluar bilik, membebel dekat ayah kot kot dia dengki aku. ayah aku buat muka pelik. ok, memang aku dah terkena. pintu bilik tutup rapat masa tu. tak mungkin ayah masuk. kalau dia masuk pun, sure pintu bilik aku tu berbunyi gedegang. benda ni hangg sampai situ. kami sekeluarga malas nak ulas. yang jadi mangsa nya aku, diselubungi dengan ketakutan.

dalam pada takut tu, aku gagahkan juga hati tidur sorang sorang dalam bilik sendiri. tengah sedap tidur, terdengar pulak bunyi benda jatuh dan pecah. tersedar dan terus capai handphone. tengok jam, pukul 3 pagi.  kaki ni boleh gatal bangun konon konon nak tengok benda apa yang jatuh. baru nak jejakkan tapak kaki, aku rasa macam kaki ni terpijak serpihan kaca. bila buka lampu bilik, hamek! roll ketiak nivea aku pecah berderai. macam mana benda alah ni boleh jatuh dan pecah? macam mana botol kaca yang berat ni boleh bergerak in case tertiup angin kipas? macam mana aku nak assume kejadian ni? macam mana aku nak terima kejadian ni? berdarah otak bila difikirkan.

kesudahannya, aku tidur luar sementara ayah tolong pulihkan suasana bilik aku. selepas 2 minggu bilik sendiri umpama padang jarak padang terkukur, aku kembali juga beradu bersama katil tercinta. pengalaman ni dasyat, sampai aku fobia dengar radio dalam bilik sendiri. makhluk yang paling aku tak nak tengok adalah pocong.