termometer perasaan.

salam.

kadang aku tersilap, tak perasan aku dah tersasar jauh mengenai perasaan. over sikit dalam kemarahan. kurang sikit dalam kasih sayang. cukuplah jika aku ada termometer perasaan. agar aku tahu tahap mana aku harus berhenti. tahap mana harus aku mengalah. tahap mana aku harus berserah. sedikit harapan agar terhapus keegoan, kurangnya kemarahan, hapus terus rasa bodoh itu. tapi aku manusia biasa. aku tak mampu.

ego aku tersembunyi jauh. buat sekeliling tidak tahu apakah aku ini. manusia atau batu.

ada lagi ayah sebagai pembimbing. ada lagi mama sebagai penjaga. mereka cukup menyayangi aku. ada lagi adik beradik yang masih mahu bergelak tawa bersama-sama aku. ada lagi anak-anak buah yang menggelikan hati serta manja. ada lagi ewan sebagai peneman hati walau jauh. ada lagi kawan yang tika susah senang. dan ada lagi Tuhan sebagai tempat bergantung. aku bertuah ada semua itu.

namun apakah untungnya ada aku. penuh dengan ketidaksempurnaan. semoga Allah dapat membantu aku.