bangkit

salam.

bukan semua yang jadi dalam hari-hari kita ini indah. bukan apa yang kita hajati, akan berakhir dengan kebahagiaan. sama juga dengan kekecewaan. tak semua kekecewaan membawa kepada kemurungan. bukan segala kesakitan penyebab untuk kita tidak bangkit.

pengalaman yang ada, perlu ditapis. apa yang baik, diolah kepada yang lebih baik. apa yang tidak molek, dilemparkan saja disisi hidup. 

kadang-kadang, timbul satu perasaan menyesal. kau menyesal akan kewujudan sendiri di muka bumi. sedih.

apa yang perlu kau buat? sentiasa berdoa. agar dipermudahkan segala kejadian. tidak kira baik atau buruk. kita ada Dia. Dia lah segala-galanya buat kita. malah, adanya kita di sini juga kerana Dia.