masalah kau

salam.

semua masalah boleh diselesaikan. lagi-lagi perihal duit. boleh aja kalau nak selesaikannya. tak perlu bercerita merata tempat, sehingga kami tahu masalah ini rupanya yang membebankan kau. hurmm, sedih.

duit boleh cari. kalau kau setakat cerita pada kami, apa yang kau dapat? tak boleh selesaikan apa-apa. tak boleh bro. melainkan kau usaha. kan Allah suruh usaha bersungguh-sungguh. baru berserah. kami pun bukan ada duit lebih nak tolong. masing-masing cukup makan.

benda begini sangat sensitif. jangan kau saja biarkan ini berlarutan. golongan yang utama perlu tahu adalah keluarga kau. mereka akan membantu. percayalah. mereka sedarah sedaging kau. lainlah kau anak pungut, 50:50 lah diaorang nak tolong. hehe.

aku sedih tengok golongan begini. anggap famili golongan terakhir yang perlu tahu. bukan ambil kesempatan, tapi famili bukan sekadar memelihara. mereka juga membantu. kalau tak banyak pun, asalkan mereka bantu. ada juga hasilnya. jangan lah cerita keliling dunia, tak malu ke?

hemmm.