kau bukan bodoh.

salam.

apa yang kau nak dari aku. aku ada hanya sebagai kawan kau. hanya sebagai bekas kawan sekolah kau. hanya sebagai pendengar kau. jangan letak beban kau di bahu aku. kau dah berkeluarga. dah ada anak. dah ada cara hidup untuk patuh pada suami. jangan jadikan aku landasan untuk kau lepaskan diri dari masalah kekeluargaan yang kau cipta sendiri. kau tak perlu lari dari rumah dan menyusahkan aku!

aku dah cakap, sekolah biar habis. periksa biar lulus. tak pandai pun takpe. janji kau ada apa yang kami semua ada. iaitu ilmu. tapi kau degil. jangan jadi terlalu nipis akal. tak pandai maka tak perlu belajar. jangan. kau ada hak untuk itu. tapi kau yang taknak. berkahwin pada usia muda tidak salah. tapi berkahwin dengan tiada ilmu, dengan keadaan tidak bersedia apa baiknya. apa yang kau alami sekarang adalah apa yang kau corakkan. mungkin takdir. tapi Allah menyuruh umatnya berusaha. bukan jadik bodoh.

jangan buat aku serba salah sahabat.