penakut.

dulu selalu menangis. 

selepas senario itu, tidak terurus hidupnya. entah kemana cerianya. hilang segala kelincahannya. sedar-sedar dirinya hilang satu persatu perkara asyik yang bukan sia-sia. tersentap sekelilingnya memandang betapa bedanya dia dari sebelum ini. kelainan itu kepala utama bagi permulaan segala cerita.

dia pasrah lalu tabah menghadap ujian itu. mula mecipta langkah mencari sesuatu yang bisa membunuh segala kesakitan. lalu, dicarinya apa yang sememamngnya perlu. 

tanpa menoleh kebelakang, dia terus melangkah tanpa jatuh. kepiluan yang hadir dahulu, terus pudar. ketinggian yang melalaikan yang pernah hadir sebelum pilu itu terus subur. sehingga dijadikan teman tika rindu.

sosok kini yang membidas cerita yang hadir. biarpun ramai yang mencuba menyatukan, tiada hati dan tiada jantung untuknya lagi. biar apa yang ada sekarang hanya menjadi lebih hangat. bukan sebelumnya.

tapi yang sebenar-benarnya dia penakut.