25 fakta random bodo pasal wa - versi aku punya bhai

aca buah? ok fine. nama aku memang dah convert ke bidang makanan. sejak bila? sejak aku berjinak-jinak dengan maknenek yang konon-konon busy kerja  kat tingkat 3 unit 1 ke 2 aku tak pasti. tapi yang aku sure, and double sure budak tu minah soma. budak ni bawak myvi colour putih susu. tapi nape tah selalu aku nampak keta ni colour macam kelabu hasab. hamboi, perli bhai. sempat nasihat aku jangan anta cuci kereta kat carwash belakang telekom sebab mahal. oleh kerana aku nerd gila and terdengarlah cakap minah ni, kereta aku pon dah naik kelabu hasab tahi minyak. ok, dah start merapu. 

oleh kerana aku pon takde homework yang bernas nak kongsi gelap same sume makhluk Tuhan termasuk si nyamok ngan semot yang suka main dekat-dekat ngan orang tu, aku kena lah buat kerja sekolah  yang minah ni bagi walaupon aku dah bertahun habis sekolah. erkk, nak 25 jugak? hambik ni.

  1. habit aku kentot ngan sedawa kuat-kuat merata tempat. ah, aku pedulik ape. nikmat tu
  2. tak reti grammar. exspecially nak sebut hurt dengan heart. fail doo
  3. tido pukul 2am, bangun 12pm. bapak ah
  4. gengster beb. tak pecaya tanya ibal yang ada A tu
  5. masih fail nak ajar ibal cakap ' abang sayang mokde'. shitttttt
  6. tak suka dating. tapi suka bila pakwe ajak kuar makan
  7. heran nape rambut aku tak panjang-panjang. kena mandrem ke
  8. aku addict gila nak tengok muka jue aziz. dengan kata lain, aku peminat dia. kot la
  9. dah jemu dengan mcD. sakai kan?
  10. tak suka tengok wayang. fullstop!!
  11. nak kawin umur 25. kalau boleh dengan zakwan adha, sebab dia hensem bhai. tapi tunggu dia cerai ngan ayu. kahkahkahkahkahkah
  12. baju ladies aku ada sehelai je. tu pon pakwe aku bagi. yang lain tshirt. kan aku dah cakap aku gengster
  13. kasot aku berlambak, tapi tak selalu pakai pon. sayang punya pasal
  14. wallet, jam tangan dan cermin mata selalu buat aku nangis. sebab dorang suka main nyorok-nyorok
  15. lubang pusat aku dalam. besar lak tu. fully aku ni baka ayah
  16. tak reti tepek bedak kompek. sadis siol
  17. pernah hilang bb. aku sayang bb tu even aku dapat dengan cara jahat. karma kot
  18. baru sedar yang menganggur tu memang best tahap dewa ah. btw, ahmad dhani ade anak luar agreement dengan mulan jameela eh?
  19. aku suka nombor 7. maybe nak dapat anak 7 orang agaknya
  20. takde special favourite food ngan drink, sume aku sapu
  21. kecuali : taugeh yang goreng ngan mee goreng aku tak layan. kalau taugeh masak sayur makan ngan nasi putih aku balun. pelik pelik pelik
  22. banyak-banyak hantu, aku paling taknak jumpa dengan pocong. mati keras aku kalau jumpe
  23. pancaindera aku yang paling kecik adalah jari. susah nak cari cincin kawin woi
  24. rejoice, fruitella dan garnier wash foam kawan aku dalam toilet. bestfriend gila ah
  25. ayah aku boyfriend first, pakwe aku pilihan kedua. perlu ke inform bagai? 



p/s ; aku harap aku dapat A+. thanks kerana membaca. asalamualaikum